Tuesday, September 11, 2012

tak dok keje


Dan bila aku borink - tiade keje nak buat, ni la jadinye. TQ.


























Tuesday, July 24, 2012

Engkau bertuhan yg bukan tuhan



Tuhan adalah tempat manusia mengagung dan memuja

Jadi apa sahaja yang menjadi pujaan manusia, itulah tuhannya. Sekalipun dia tidak menyebut tuhan.

Sebenarnya apa sahaja yang engkau agungkan dan puja,

Itulah tuhan engkau. Kalau negaralah yang menjadi sanjungan dan pujaan engkau, Itulah tuhan engkau

Jika bangsalah yang menjadi pujaan engkau dan kebesaran engkau, itulah tuhan engkau. Kalau engkau membuat apa sahaja demi negara, itulah tuhan engkau

Jika engakau memperjuangkan demi kebesaran bangsa, itulah tuhan engkau. Begitulah juga jika engakau memperjuangkan keagungan ideologi, itulah tuhan engkau. Seterusnya kalau wang ringgit atau wanita yang menjadi pujaan engkau, itulah tuhan engkau.

Sungguh bodoh engkau bertuhankan yang tidak berkuasa di atas engkau. Di mana kecerdikan engkau menuhankan benda yang kaku beku, ciptaan Tuhan?

Segala yang kita sebutkan tadi, bukankah akan binasa?

Mengapa engkau bertuhankan sesuatu yang akan binasa?

Mengapa engkau jadikan tuhan yang engkau akan tinggalkan?

Kenapa dan mengapa engkau jadikan tuhan yang tidak memberi apa-apa kepada engkau?

Itulah tandanya akal sahaja tidak cukup memandu engkau!

Itulah buktinya mata dan akal tidak mampu memimpin engkau!

Kalau mata hati dan jiwa engkau buta, hati dan jiwa yang buta itulah yang menjadikan engkau tidak kenal Tuhan. Hati engkau yang buta itulah yang engkau salah mengambil Tuhan. Rupanya engkau telah 'syirik', tetapi engkau tidak sedar. Engkau anggap sembah berhala sahaja menjadi syirik? Engkau puja negara, engkau puja bangsa, engkau puja ideology. Engkau telah syirik. Memuja negara atau bangsa sama sahaja seperti memuja berhala. Kembalilah kepada Tuhan yang sebenar! Engkau telah tersesat jalan! Kerana engkau telah jadikan tuhan yang bukan Tuhan.

Thursday, July 19, 2012

Ciri-ciri Generasi Terburuk

Salah satu impian atau harapan, juga cita-cita kita dalam hidup ini ialah lahir dan wujudnya generasi yang terbaik. Gambaran wujudnya generasi yang terbaik memang sudah ada, misalnya dengan ramainya Muslim yang memiliki iltizam yang begitu kukuh terhadap Islam sebagai agama yang harus diamalkan dalam kehidupan nyata dalam pelbagai aspek.

Bagaimanapun, apabila dibandingkan dengan generasi yang sebaliknya, rasanya wujudnya generasi yang terbaik masih amat jauh. Perkara ini terjadi kerana begitu banyak generasi manusia yang memiliki profil generasi yang terburuk. Dalam sebuah hadis, Rasulullah s.a.w telah menyebutkan tentang ciri-ciri generasi terburuk yang harus kita jauhi. Hadis tersebut bermaksud:

Akan datang suatu masa atas manusia: cita-cita mereka hanya untuk kepentingan perut, kemuliaan mereka dilihat daripada perhiasan mereka, kiblat mereka adalah wanita-wanita mereka dan agama mereka adalah wang dan harta benda. Mereka itulah sejahat-jahat makhluk dan tidak ada tempat untuk mereka di sisi Allah s.w.t.” 
(Hadis riwayat Dailami).

Daripada maksud hadis di atas, terdapat empat ciri dari generasi terburuk.

1) Mementingkan Perut





Salah satu keinginan manusia dalam hidupnya adalah memiliki perut yang kenyang dengan pelbagai jenis makanan. Kenyang pada dasarnya bukanlah sesuatu yang dilarang, tetapi kalau segala yang dilakukan itu untuk kepentingan perut, ini merupakan sesuatu yang sangat berbahaya.

Itulah yang kini banyak terjadi dalam masyarakat kita. Mementingkan perut bererti seseorang itu ingin mendapat dan memiliki kekayaan meskipun dengan menghalalkan segala cara, meskipun seseorang itu sudah mendapat rezeki secara halal, perkara itu akan dimanfaatkan untuk kepentingan diri dan keluarganya sahaja sehingga tidak peduli dengan kekurangan yang dialami oleh orang lain.

Akibat lain yang sangat berbahaya daripada mementingkan perut ialah seseorang itu menjadi takut lapar, takut tidak mendapatkan rezeki yang membuatkannya takut pula menanggung risiko dalam menjalani kehidupan secara benar. Oleh hal yang demikian itu, orang yang mementingkan perut akan menjadi manusia yang berkeinginan melakukan sesuatu apabila menguntungkan secara material sehingga motivasi daripada apa yang dilakukannya adalah perkara-perkara yang dapat menyenangkan kehidupan duniawinya dan tidak mahu melakukan sesuatu yang baik.

Oleh hal yang demikian itu, ibadah puasa berupaya mendidik kita menjadi manusia yang mampu menghadapi kehidupan lapar atau sulit meskipun sebenarnya pendidikan ini hanya berlangsung dalam beberapa jam sahaja dalam sehari. Itulah sebabnya, kesabaran merupakan faktor penting dalam menghadapi cubaan lapar. Dalam hal ini, Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud:

Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepada kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar.” 
(QS 2: 155).



2) Memuliakan Perhiasan





Dalam hidup ini, manusia menghiasi dirinya dengan berbagai-bagai perhiasan hidup seperti rumah yang besar dan indah, kenderaan yang mewah, pakaian yang mahal, perhiasan emas dan sebagainya. Semua itu dijadikan sebagai ukuran bagi kemuliaan seseorang, sedangkan kita tahu bahawa perkara-perkara itu hanya perhiasan dalam kehidupan manusia sahaja.

Adalah amat naif apabila semua itu dijadikan sebagai simbol kemuliaan kerana generasi terburuk menjadikan perhiasan hidup sebagai ukuran kemuliaan seseorang, sementara generasi yang mulia menjadikan ketakwaan yang mantap sebagai ukuran kemuliaan seseorang.

Sesungguhnya Allah s.w.t akan memuliakan seseorang itu berdasarkan ketakwaannya dan bukannya paras rupanya. Dalam hal ini Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud:

Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah s.w.t adalah orang yang paling bertakwa di antara kamu.” 
(QS 49: 13)

Apabila kemuliaan seseorang diukur berdasarkan perhiasan yang digunakannya, menunjukkan bahawa kita adalah hamba-hamba harta dan perhiasan yang sangat tercela. Dalam hal ini Rasulullah s.a.w bersabda, yang bermaksud:

Binasalah hamba dinar, binasalah hamba dirham, binasalah hamba sutera atau perhiasan.” 
(Hadis riwayat Bukhari).



3) Mengagungkan Wanita



Salah satu daripada ciri generasi terburuk ialah mengagungkan wanita. Apa yang dimaksudkan dengan mengagungkan wanita adalah menuruti syahwat atau nafsu seksual terhadap wanita yang tidak halal baginya atau memenuhi pujukan wanita untuk melakukan perzinaan. Ini merupakan sesuatu yang sangat hina, dan harus dijauhi. Dalam perkara ini Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud:

Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan suatu jalan yang buruk.” 
(QS 17: 32)

Oleh hal yang demikian itu itu, apabila seseorang Muslim mampu menolak pujukan wanita untuk berzina dengan perasaan takut kepada Allah s.w.t, maka dia termasuk dalam golongan orang yang akan mendapat perlindungan daripada Allah s.w.t yang pada hari itu tidak ada perlindungan kecuali hanya daripada Allah s.w.t. Perkara ini telah disabdakan oleh Rasulullah s.a.w, yang bermaksud:

Tujuh golongan orang yang akan dinaungi oleh Allah s.w.t yang pada hari itu tidak ada naungan selain naungan-Nya: ... seorang laki-laki yang diajak (berzina) oleh seorang wanita yang mempunyai kedudukan dan kecantikan, lalu ia berkata: Sesungguhnya aku takut kepada Allah s.w.t.” 
(Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Di samping itu, mengagungkan wanita juga dapat kita fahami sebagai memenuhi keinginan-keinginan yang tidak baik daripada wanita, termasuk seorang suami yang takut kepada isterinya sehingga harus memenuhi keinginan isterinya yang tidak benar sehingga ketakutan kepada isteri membuatkan si suami tidak berani melurus atau memperbaiki kesalahan isterinya, sedangkan isteri merupakan tanggungjawab suami untuk diselamatkan daripada api neraka. Allah s.w.t telah berfirman yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu dan keluargamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” 
(QS 66: 6)


4) Gila Harta





Dalam Islam, wang dan harta merupakan sesuatu yang boleh dicari dan dimiliki, namun semua itu harus dalam keadaan ´terterkawal´, bukan ´manusia dikawal oleh harta´. Apabila itu terjadi, maka harta telah dijadikan sebagai agama sehingga tujuan hidupnya adalah memperbanyakkan harta, termasuk dengan menghalalkan segala cara untuk mendapatkannya sehingga dengan demikian manusia dilalaikan oleh hartanya. Ini merupakan sesuatu yang amat buruk. Allah s.w.t telah mengingatkan di dalam firman-Nya, yang bermaksud:

Bermegah-megahan telah melalaikan kamu, sampai kamu masuk ke dalam kubur. Janganlah begitu, kelak kamu akan mengetahui (akibat perbuatanmu) itu.´ 
(QS 102: 1-4)

Oleh kerana itu, Allah s.w.t telah berfirman untuk mengingatkan orang-orang yang beriman agar tidak lupa kepada Allah s.w.t hanya kerana persoalan harta. Allah s.w.t telah berfirman, yang bermaksud:

Wahai orang-orang yang beriman, janganlah harta-hartamu dan anak-anakmu melalaikan kamu daripada mengingat Allah s.w.t. Barang siapa yang membuat demikian, maka mereka itulah orang-orang yang rugi.” 
(QS 63: 9)

Daripada gambaran di atas, dapat disimpulkan bahawa ciri-ciri generasi yang terburuk sebagaimana yang disebutkan oleh Rasulullah s.a.w, ternyata dimiliki oleh generasi kita pada masa sekarang. Itulah sebabnya, ada di antara generasi kita yang hidup pada masa sekarang termasuk ke dalam golongan generasi yang terburuk. Oleh hal yang demikian itu, sudah menjadi kewajiban kita bersama untuk memperbaiki generasi kita agar kehidupan masa depan dapat kita jalani dengan penuh keyakinan dan berlandaskan al-Quran dan Sunnah. Insya-Allah

Wednesday, July 18, 2012

r.a.m.b.u.t




Fakta Menarik Tentang Rambut

"Banyak perkara tentang rambut..Ada yang berkelemumur,ada yang berkutu dan ada sebagainya..Tapi tahukah anda jenis rambut mewakili tentang perwatakan anda.Jom kita semak..


Anda tergolong dalam golongan mana???


Banyak perkara tentang rambut..Ada yang berkelemumur,ada yang berkutu dan ada sebagainya..Tapi tahukah anda jenis rambut mewakili tentang perwatakan anda.Jom kita semak..


Anda tergolong dalam golongan mana???

1) ¤RAMBUT LURUS ¤- bijak, seorang yang happy, bergaya, cemburu, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan

2) ¤RAMBUT KERINTING TEBAL¤ - kurang bijak, degil, cemburu kuat, romantic,banyak pergaulan dan
susah dalam menyelesaikan masalah diri, tidak suka termenung,

3) ¤RAMBUT KERENTING NEGRO¤ - bijak, ego, cemburu buta, romantic , memilih dan mudah mengamuk bila susah hendak selesaikan masalah

4) ¤RAMBUT IKAL MAYANG¤ - bijak, berfikir sebelum melakukan sesuatu, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, dan mudah memaaf kan seseorang dengan kesilapan lalu.

5) ¤RAMBUT HALUS / LEMBUT¤ - bijak sangat, memilih, pemaaf, manja, tegas dan cepat melakukan perkerjaan dengan bersungguh-sungguh.

6) ¤RAMBUT SIKIT¤ - bijak, sentiasa berfikiran negatif pada seseorang,ego, dan pandai membuka perniagaan walaupun kecil.

7) ¤RAMBUT PERANG¤ - kurang bijak, berfikiran terbuka, pemaaf, sosial dan bijak lari daripada masalah.

8) ¤RAMBUT TEBAL¤ - bijak, degil, cemburu, romantic, kasar, banyak kawan,dan pandai mengambil hati seseorang.

9) ¤RAMBUT KUSUT¤ - sangat bijak, berfikiran terbuka, banyak pergaulan, garang, susah nak memaafkan seseorang, dan pandai dalam mengurusan sesuatu tanpa pertolongan.

10) ¤RAMBUT BERUBAN¤ - kurang bijak, suka termenung, sosial sikit, berfikiran terbuka dan pandai selesai kan masalah diri

11) ¤BOTAK ¤- sendiri pikir..muahaha

Ini hanya sebagai renungan sahaja..Tak semesti ianya mewakili perilaku anda..

"


seni dalam berchenta...



Seni Berfikir

* Cinta Sejati itu tidak buta. Cinta itu dikurniakan kepada makhluk yang  berakal. Kerana cinta memerlukan akal bagi menilainya dari sudut mutu etikanya.

* Cinta itu bukanlah segala-galanya.Walaupun ia penting dalam hidup,iman yang lebih penting dari cinta. Dengan adanya iman,barulah anda boleh mencintai dengan Cinta Sejati.Cinta juga perlu kpd akal kerana cinta tergolong kepada hal nafsu.

* Cinta perlu kepada pedoman atau peraturan.Tanpa pedoman,cinta akan buta dan meraba-raba. Cinta Sejati tidak pernah menolak pedoman dan tidak lupa pada pedoman hidup,iaitu ISLAM.

* Cinta itu amanah. Ia bukan hak anda. Sebagaimana halnya dengan diri anda,cinta juga adalah amanah.Tidak wajar untuk anda jadikan amanah untuk memusnahkan atau memungkiri amanah yang lain.

* Cinta Sejati itu sifatnya total.Ertinya walaupun anda cinta kepada kekasih anda,ia hanya sebahagian dari cinta yang menyeluruh. Cinta Sejati itu adalah cinta kepada Pencipta anda, cinta pada diri anda,cinta kepada ibubapa anda,cinta kepada masyarakat anda,cinta kepada agama anda,dan dalam masa yang sama cinta kepada kekasih anda. Kerana sifatnya total dan menyeluruh,maka Cinta Sejati akan menjadi adil.Ia meletakkan cinta pada yang berhak untuk dicintai dan setakat mana patut dicintai.Ia tidak melebihkan cinta kepada kekasih saja hinggakan lupa pada cinta yang lain.

* Cinta Sejati tidak perlu disebut.Ia khas untuk anda.Ia bukan hak orang lain.Jika anda beri Cinta Sejati,ia tidak semestinya dibalas oleh orang yang anda beri.Tapi anda tidak akan kecewa bila cinta tidak berbalas kerana anda tahu anda bercinta di bawah naungan Pencipta,yang tentu membalas kebaikan terhadap cinta anda yang putih bersih.



Seni Merasa

* Cinta yang anda nikmati sedikit demi sedikit berkat kesabaran itulah yang lebih membahagiakan anda.Anda tidak perlu gelojoh dalam cinta.Ini kerana jika anda gelojoh,anda mungkin seronok sebentar saja tapi merana sepanjang hayat.

* Merasa Cinta Sejati terhadap kekasih ialah mentakrif nikmat peringkat kedua,yang sederhana sifatnya,tidak melampau-lampau.Anda tidak terlalu terbawa-bawa oleh perasaan bila cinta anda sejati.Anda masih boleh membuat pertimbangan yang wajar.

* Jika kecewa bercinta,jangan hingga berputus asa,kerana rahmat Pencipta masih dikurniakan untuk anda. Cubalah rasai betapa beruntungnya anda mengecapi nikmatNya yang lain,dan bersyukurlah kepadaNya.



Seni Bertindak

* Jangan mendahului ketentuan.Anda perlu banyak bersabar dalam bercinta.Bila sampai masanya anda akan dihalalkan untuk membuktikan cinta,barulah anda membuktikannya itulah Cinta Sejati.

* Jikalau anda bercinta sebelum berkahwin,layanilah sekadar saja.Yang penting ialah menikahi kekasih anda,itulah ertinya menerima cintanya,kerana nikah adalah ikatan cinta.

* Andai kata anda bercinta sebelum berkahwin dan kekasih anda mahu merosakkan kehormatan anda,jauhilah dia dan jangan rasa kesal akibat kehilangannya. Mudah-mudahan anda akan mendapat kekasih yang jauh lebih memahami Cinta Sejati dan tulus dalam cintanya terhadap anda.

* Manifestasikan cinta anda hanyalah setelah bernikah.Berdoalah agar cinta itu diberkatiNya dan sentiasa mendapat rahmatNya. Pohonlah kepadaNya agar dikurniakan kepada anda nikmat Cinta Sejati yang tiada taranya.

Cinta Sejati atau Cinta Suci itu tidak buta. Cinta ini celik dan kecelikan cinta itu dapat mencelikkan pula yang lain.Cinta Sejati tidak buta dan tidak wajar dikatakan buta. Cinta yang buta ialah cinta yang bernoda.Cinta yang buta itu segalanya buta.Buta tentang cara dan peraturan cinta,buta tentang tanggungjawap cinta,buta tentang hikmah cinta, malah
buta tentang hakikat diri. Cinta yang buta itu cacat,kerana ia buta. Sayangnya ramai yang suka kepada cinta buta,membiarkan dirinya hanyut dibawa arus geloranya,tersadai di celah akar pohon kecewa,lalu berkata, 'Cinta Itu Buta' Cinta Sejati bukan seperti cinta Laila dan Majnun atau Romeo dan Juliet.Cinta Suci adalah seperti cinta Rasulullah dan Khadijah,atau Saidina Ali dan Fatimah.


Tuesday, July 17, 2012

untuk bakal ibu dan bapa




40 KESILAPAN IBU BAPA
*********************

 1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
 2. Perhubungan suami isteri tanpa memperhitungkan mengenai zuriat
 3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
 4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan anak-anak
 5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang disajikan kepada anak-anak
 6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka sedang makan
 7. Melahirkan suasana yang kurang seronok ketika makan
 8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap anak-anak
 9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa yang betul
22. Suka bertengkar di hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik anak-anak
40. Tidak menggalakkan anak-anak hidup bekerjasama

Dipetik dari buku '40 kesilapan mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali,  AKRAB 1996

Monday, July 16, 2012

C.I.N.T.A


Cinta Menurut Pandangan Islam

Cinta. Apa itu cinta? Jika kita berbicara tentang cinta, pasti kita tidak terlepas daripada memperkatakan tentang cinta monyet yang menjadi nadi kepada kehidupan muda-mudi masa kini. Malahan kebanyakan cinta seperti ini menjurus kepada pelakunya untuk membuat perkara maksiat tanpa menilai dan memahami erti cinta yang sebenar-benarnya. Cinta bukan sekotor itu.

 Apakah maksud atau makna cinta? Cinta sebenarnya merupakan satu fitrah yang ada di dalam hati setiap manusia. Cinta wujud hasil daripada satu perasaan yang halus. Cinta mewujudkan perasaan kasih sayang dan belas kasihan sesama manusia dan makhluk di dunia ini. Tanpa perasaan cinta, seseorang itu akan merasai kekosongan di dalam jiwa mereka.

Cinta yang hanya berpaksikan runtutan fitrah tanpa dicemari oleh hawa syahwat melambangkan kedamaian, keamanan dan ketenangan.

Bagaimanapun, cinta seringkali diperalatkan untuk melepaskan keghairahan nafsu. Maka akan terjadi bermacam perkara yang merosakkan manusia dan membawa kepada kemaksiatan dan kehancuran umat terutama bagi golongan remaja yang terlalu taksub dan asyik dengan cinta tanpa ada penilaian dan pertimbangan akal fikiran yang waras.

Cinta yang hanya berlogikkan nafsu dan syahwat semata-mata hanyalah cinta palsu yang penuh jijik dan hina. Oleh hal yang demikian itu, sebagai remaja, terutamanya remaja mukmin, kita sewajarnya peka terhadap kehadiran cinta di dalam jiwa dengan lebih memahami makna dan erti serta cara yang sesuai untuk menerima dan memberi cinta kepada seseorang. Jangan hanya membuta tuli dan mengikut tuntutan nafsu semata.

Cinta dan permasalahannya telah menjadi perkara serius yang dihadapi oleh umat Islam hari ini. Pertembungan antara cinta hakiki dengan cinta palsu menyebabkan umat Islam menghadapi dilema perasaan yang kronik. Krisis cinta palsu telah menyebabkan umat Islam memusnahkan etika spritual - membunuh solidariti dan menodai sosial sehingga ada yang sanggup membunuh dan membunuh diri akibat daripada tekanan perasaan yang sukar untuk dikawal.

Islam tidak memusuhi cinta. Ini sesuai dengan ciri-ciri Islam sebagai agama yang menepati fitrah manusia. Malah, Islam memandang tinggi persoalan cinta yang tentunya merupakan perasaan dan fitrah yang menjiwai naluri setiap manusia.

Bagaimanapun, cinta di dalam Islam perlulah melalui pelbagai peringkat keutamaannya yang tersendiri seperti:


1. Cinta kepada Allah

 Islam meletakkan cinta yang tertinggi dalam kehidupan manusia, iaitu cinta kepada Allah. Tanpa cinta kepada Allah, perlakuan hamba tidak memberi pulangan yang bererti, sedangkan apa yang menjadi tunjang kepada Islam ialah mengenali dan dan mencintai Allah. Dengan cinta akan mendorong manusia untuk mengabdikan diri kepada Allah serta menerbitkan iman yang mantap.

Firman Allah s.w.t:

“(Walaupun demikian), ada juga di antara manusia yang mengambil selain daripada Allah (untuk menjadi) sekutu-sekutu (Allah), mereka mencintainya, (memuja dan mentaatinya) sebagaimana mereka mencintai Allah; sedang orang-orang yang beriman itu lebih cinta (taat) kepada Allah.”


(Surah Al-Baqarah : 165)


2. Cinta kepada Rasulullah s.a.w. dan Para Anbia´

Ketika manusia berada di dalam kegelapan, maka diutuskan pembawa obor yang begitu terang untuk disuluhkan kepada manusia ke arah jalan kebenaran. Pembawa obor tersebut ialah Rasulullah s.a.w.

Maka, menjadi satu kewajipan kepada setiap yang mengaku dirinya sebagai muslim memberikan cintanya kepada Rasulullah dan para anbia´ dengan mengikut segala sifat yang terpuji.

Kerana perasaan kecintaan inilah, para sahabat sanggup bergadai nyawa dan menjadikan tubuh masing-masing sebagai perisai demi mempertahankan Rasulullah s.a.w dalam usaha Baginda untuk menyebarkan agama Islam.

Dalam satu hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim, ada disebut:

Diriwayatkan daripada Anas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda:

"Tiga perkara, jika terdapat di dalam diri seseorang maka dengan perkara itulah dia akan memperoleh kemanisan iman: Seseorang yang mencintai Allah dan Rasul-Nya lebih daripada selain kedua-duanya, mencintai seorang hanya kerana Allah, tidak suka kembali kepada kekafiran setelah Allah menyelamatkannya daripada kekafiran itu, sebagaimana dia juga tidak suka dicampakkan ke dalam neraka.” 
(Bukhari: no. 15, Muslim no. 60, Tirmizi: no. 2548, Nasaie: no. 4901)



3. Cinta Sesama Mukmin

Perasaan kasih sayang sesama manusia merupakan tunggak utama untuk menyalurkan konsep persaudaraan. Cinta inilah yang mengajar kita supaya mencintai ibu bapa dan keluarga. Selain daripada cinta kepada kedua-dua ibu bapa, Islam juga meletakkan cinta sesama mukmin sebagai syarat kepada sebuah perkumpulan atau jemaah yang layak bersama Rasulullah s.a.w.

Maksud firman Allah s.w.t:

“Nabi Muhammad (s.a.w) ialah Rasul Allah; dan orang-orang yang bersama dengannya bersikap keras dan tegas terhadap orang-orang kafir yang (memusuhi Islam), dan sebaiknya bersikap kasih sayang serta belas kasihan kasihan sesama sendiri (umat Islam)”
(Surah Al-Fath: 29)

Inilah yang telah diajar oleh Islam. Maka masyarakat sejagat, malah umat Islam sendiri dapat melihat bahawa betapa agungnya unsur kasih sayang dan cinta yang terdapat di dalam Islam dan begitu jualah agungnya penjagaan Islam sendiri terhadap umatnya supaya tidak mencemarkan kesucian cinta dengan kekotoran nafsu.

Itulah cinta di dalam Islam. Ia haruslah diasaskan di atas dasar keimanan kepada Allah. Alangkah ruginya cinta yang lari dari landasan iman. Lalu akan hanyutlah jiwa-jiwa yang menyedekahkan dirinya untuk diperlakukan oleh ´syaitan cinta´ sewenangnya-wenangnya.

Sesungguhnya cinta sebelum perkahwinan merupakan cinta palsu walaupun dihiasi dengan rayuan manja kerana itu hanya panggilan ke lembah kebinasaan. Masa muda yang dianugerahkan oleh Allah hanyalah sekali berlaku dalam hidup dan tidak berulang lagi untuk kali kedua atau seterusnya.

Maka dalam meniti usia, remaja perlu berhati-hati dengan mainan perasaan walaupun merupakan perkara yang amat sukar dilakukan, apatah lagi semakin dihambat usikan perasaan, semakin ia datang mencengkam. Itulah azam kita untuk melawan nafsu dan alangkah malunya untuk kita tewas dan kita sendiri merelakan diri dibawa oleh arus yang menghancurkan.

Bantal




Terdapat beberapa ketegori bantal dan perwatakan:-


1) Memeluk Bantal

Mereka yang suka memeluk bantal biasanya berjiwa seni. Mereka mempunyai
penghargaan yang tinggi terhadap lukisan, muzik dan sastera. Perasaan mereka halus dan jiwa mereka romantik. Kadangkala ada yang boleh membaca
peristiwa yang akan berlaku melalui mimpi. Mereka juga sangat prihatin
terhadap kesusilaan.


2) Menggunakan Banyak Bantal

Mereka biasanya kurang kenyakinan. Dalam kehidupan seharian
mereka memerlukan banyak pendamping. Mereka jarang membuat
keputusan sendiri, sebaliknya mendapatkan pandangan orang lain.


3) Tidur Dengan Satu Bantal

Mereka bukan jenis mengada-ngada dan boleh menerima keadaan
seadanya. Mereka juga membuat keputusan berdasarkan fikiran dan
bukan nafsu semata-mata.
 

4) Meletakkan Bantal Di Bawah Kaki

Mereka mempunyai sifat kurang baik. Mereka jarang bergaul dgn
org ramai, malah kaku dalam pergaulan. Ini menyebabkan mereka
cenderung bersifat egois. Mereka juga gemar menempuh jalan pintas
untuk mencapai cita2. Mereka tdk suka berusaha.


5) Tidur tanpa Bantal

Mereka memiliki sifat percaya diri yang sangat tinggi. Kadangkala sifat
percaya diri ini akhirnya akan membawa kepada sifat ego.


6) Tidak punya bantal

Kasihan betul... pergi kedai belilah satu!!"





SEKADAR UNTUK SUKA-SUKA...  >__<

Sunday, July 15, 2012

MENGENAI WANITA




1. Doa perempuan lebih makbul daripada lelaki kerana
sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki.
Ketika ditanya kepada Rasulullah akan hal tersebut,
jawab baginda, "Ibu lebih penyayang daripada bapa dan
doa orangyang penyayang tidak akan sia-sia".


2. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam
rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya.
Allah mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000
kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.


3. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak
bersalin, maka Allah mencatatkan baginya pahala orang
yang berjihad pada jalan Allah.


4. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak,
keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya
melahirkannya.

5. Apabila telah lahir anak lalu
disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan
daripada susunya diberi satu kebajikan.


6. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara
anaknya yang sakit,maka Allah memberinya pahala
seperti memerdekakan 70 hamba dengan ikhlas untuk
membela agama Allah.

7. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya,
darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana
takutkan Allah dan orang yang takutkan Allah, akan
diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.


8. Barangsiapa membawa hadiah, (barang makanan dari
pasar ke rumah) lalu diberikan kepada keluarganya,
maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah
mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki.
Maka,barangsiapa yang menyukakan anak perempuan
seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.


9. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan
agama, maka Allah memasukkan dia ke dalam syurga lebih
dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).


10. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa
bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat
akan suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana
sahaja yang dikehendaki.


11. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada
1,000 lelaki yang soleh.




12. Aisyah berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah,
siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?
Jawab Rasulullah, "Suaminya. "Siapa pula berhak
terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah, "Ibunya".


13. Apabila memanggil akan engkau dua orang ibubapamu,
maka jawablah panggilan ibumu dahulu.


14. Wanita yang taat akan suaminya, semua ikan-ikan di
laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari
dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia
taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan
puasanya.


15. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan
tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu
syurga. Masuklah dari mana-mana pintu yang dia
kehendaki dengan tidak dihisab.


16. Syurga itu di bawah tapak kaki ibu.


17. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan
tinggal bersama aku (Nabi s.a.w) di dalam syurga.



18. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau
tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau
dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam
pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan
penuh rasa takwa serta bertanggungjawab, maka baginya
syurga.


19. Daripada Aisyah r.a. Barangsiapa yang diuji dengan
sesuatu daripada anak-anak perempuannya, lalu dia
berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi
penghalang baginya daripada api neraka. "Jadi,
janganlah sesekali kita merasa lemah. Wanitalah
sebenarnya yang membuat seseorang lelaki itu kuat.
Itulah salah satu sebab mengapa Nabi meletakkan wanita
setaraf pada lelaki dan tidak lebih rendah."


SEKADAR RENUNGAN BERSAMA...

bagaimana setan mampu menghasut kita????




15 pintu syaitan yang ada didalam diri kita

- pintu marah
- cinta dunia
- kebodohan (keengganan menghadiri majlis ilmu)
- panjang angan-angan
- rakus
- bakhil
- suka pada pujian
- riak
- ujub (merasa kagum)
- takut dan gelisah
- buruk sangka
- memandang rendah pada orang lain
- merasa suka pada dosa
- merasa aman daripada pembalasan "ALLAH"
- putus asa daripada rahmat "ALLAH"



15 Senjata Menghalang Syaitan
- Membaca Bismillah (menjadi kunci pada perbuatan baik)
- Banyakkan berzikir
- Banyakan Beristigfar
- Baca "la i' la ha illa anta subha naka inni kuntu minaz zoli min"
- Jangan tidur berseorangan
- Baca doa pagi dan petang
- Bersugi
- Melaksanakan solat jemaah
- Berwudhuk sebelum tidur
- menutup aurat
- Membaca doa masuk tandas.
- Banyak berselawat pada hati
- Bertaubat, beristighfar
- Banyakan baca Al-Quran
- Membaca surah Yassin setiap pagi




Rumah yang Tidak Dimasuki syaitan
- Rumah yang bersih
- Penghuni membaca "Bismillah" ketika memasuki rumah
- Sentiasa berzikir (ahli rumah menegakkan solat)
- Penghuninya jujur dan memenuhi janji
- Penghuninya memakan makanan yang halal (dan cara mendapatkannya halal)
- Penghuninya mengekalkan silaturahim (sentiasa mesra)
- Rumah yang penghuninya berbakti kepada Ibu Bapa

around the island in one hour???

Tarikh ; 17/06/2012
Hari ; Ahad
MAsa ; Siang hari
Tempat ; Dalam Pulau Pinang je..
Tema ; Ciptaan Allah.

Pendahuluan ; Niat asal nk cari air terjun. Cari punye cari jumpa jugak akhirnye tapi kesian, kawasan air terjun ditutup dah hampir 2 tahun sebab wabak "air kencing tikus". Hampeh punye tikus. Tandas awam orang dah sediakan tak reti2 nk guna ke??? Akibat daripada kejadian itu, kami pon ambik keputusan utk menghabiskan sisa2 minyak motor dengan mengelilingi pulau.

Macam biase, malas nk taip banyak2 sebab aku malas. Jadi nikmatilah kejadian2 Tuhan yang indah2 ini. (Bahasa Melayu fail).



 Kampung Balik Pulau, Pulau Pinang.


Empangan Teluk Bahang











Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 1


Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 2



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 3



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 4



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 5



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 6



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 7



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 8



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 9



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 10



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 11



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 12



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 13



Name je taman rama-rama tapi spesis-spesis lain pom ade jugak..

Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 14



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 15



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 16



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 17



Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 18



syok tido..zZzZzZzZzZzZzZzZz..
Taman Rama-rama Pulau Pinang
foto 19



Taman Rama-rama Pulau Pinang
RM18 hengget utk masuk. Syok masuk sini/ Menyesal pom ade..haha..



Air Terjun Titi Kerawang
Air terjun macam -> paip hujan dalam bilik air pastu mandi ramai2 satu famili.
Boleh gambarkan perumpamaan aku ni???


Air Terjun Titi Kerawang
foto 2


Air Terjun Titi Kerawang
foto 3



Air Terjun Titi Kerawang
foto 4



Air Terjun Titi Kerawang
foto 5


Satu foto, 1001 cerita..
Tidak mampu untuk digambarkan dengan kata-kata..
Biarkan foto-foto itu berbicara..
ENJOY...