40 KESILAPAN IBU BAPA
*********************
1. Pemilihan jodoh tanpa memperhitungkan
mengenai zuriat
2. Perhubungan suami isteri tanpa
memperhitungkan mengenai zuriat
3. Kurang berlemah lembut terhadap anak-anak
4. Memaki hamun sebagai cara menegur kesilapan
anak-anak
5. Tidak berusaha mempelbagaikan makanan yang
disajikan kepada anak-anak
6. Jarang bersama anak-anak sewaktu mereka
sedang makan
7. Melahirkan suasana yang kurang seronok
ketika makan
8. Membeza-bezakan kasih sayang terhadap
anak-anak
9. Kurang melahirkan kasih sayang
10. Sering mengeluh di
hadapan anak-anak
11. Tidak meraikan anak-anak
ketika mereka pergi dan pulang dari sekolah
12. Tidak mengenalkan
anak-anak dengan konsep keadilan
13. Tidak memberatkan
pendidikan agama di kalangan anak-anak
14. Tidak terlibat dengan
urusan pelajaran anak-anak
15. Tidak memprogramkan masa
rehat dan riadah anak-anak
16. Tidak menggalakkan dan
menyediakan suasana suka membaca
17. Mengizinkan anak-anak
menjamah makanan dan minuman yang tidak halal
18. Tidak menunjukkan contoh
tauladan yang baik di hadapan anak-anak
19. Jarang meluangkan masa
untuk bergurau senda dengan anak-anak
20. Terdapat jurang
komunikasi di antara ibubapa dengan anak-anak
21. Tidak menggunakan bahasa
yang betul
22. Suka bertengkar di
hadapan anak-anak
23. Sentiasa menunjukkan muka
masam di hadapan anak-anak
24. Tidak membimbing
anak-anak supaya mematuhi syariat
25. Memberi kebebasan yang
berlebihan kepada anak-anak
26. Terlalu mengongkong
kebebasan anak-anak
27. Tidak menunaikan janji
yang dibuat terhadap anak-anak
28. Tidak menunjukkan minat
kepada aktiviti anak-anak
29. Tidak memupuk semangat
membaca di kalangan anak-anak
30. Tidak berminat melayan
pertanyaan atau kemusykilan anak-anak
31. Tidak memberi perhatian
terhadap buah fikiran anak-anak
32. Lambat memberi
penghargaan kepada anak-anak
33. Kerap meleteri sesuatu
kesilapan yang dilakukan anak-anak
34. Hukuman yang tidak
setimpal dengan kesalahan yang dilakukan
35. Sering mengancam dan
menakutkan anak-anak
36. Menghukum tanpa menyatakan
kesalahan yang dilakukan
37. Tidak konsisten dalam
menjatuhkan hukuman ke atas anak-anak
38. Memberi nasihat yang sama
kepada anak-anak
39. Tidak tegas mendidik
anak-anak
40. Tidak menggalakkan
anak-anak hidup bekerjasama
Dipetik dari buku '40 kesilapan
mendidik anak' oleh Dr. Hassan Ali,
AKRAB 1996
No comments:
Post a Comment