Saturday, June 23, 2012

SIAPAKAH YANG DIMAKSUDKAN DENGAN LELAKI SOLEH???




Lelaki Soleh dapat di definisikan sebagai seorang lelaki muslim yang beriman (mukmin), bersih dari segi zahir dan batinnya, mengambil makanan yang bersih dan halal (bukan dari sumber yang haram)serta sentiasa berusaha menjauhkan dirinya dari perkara perkara yang akan mendorong kearah maksiat dan menariknya ke jurang NERAKA yang amat dalam.

Lelaki soleh juga ialah seorang lelaki yang sentiasa taat kepada Allah swt. dan RasulNya walau dimana sahaja mereka berada dan pada bila bila masa sahaja. Kesolehan dan keimanan seseorang tidak dapat dilihat dan diukur dari segi lahiriah semata mata kerana ianya adalah berkait rapat dengan masalah AKIDAH dan KEYAKINAN kepada siapa dia menyerah keyakinan dan ketaatan dan sebaliknya. TAUHID merupakan dasar tertinggi dalam kehidupan yang harus sentiasa dipelihara kerana apabila tauhid tidak betul dan sempurna, maka seluruh amalan yang dilakukan adalah sia-sia sahaja.

Apabila telah jelas kepada siapa kita memberikan perwalian dan terhadap pihak mana kita menolak kepimpinan, barulah Tauhid akan menjadi kenyataan dan berdiri dengan tegaknya dalam jiwa seseorang. Oleh yang demikian, jelaslah bahawa kesolehan seseorang lelaki itu tidak dapat dinilai dari segi lahiriah semata-mata.Ianya adalah lebih jauh dan mendalam dari itu senua. Antara hal-hal yang harus dilihat dan dikaji pada setiap individu muslim ialah perkara-perkara yang bersangkutan dengan keyakinan, tujuan dan pandangan hidup serta cita-cita dan jalan hidup seseorang itu.

KRITERIA-KRITERIA LELAKI SOLEH SEPERTI YANG DIMAKSUDKAN OLEH AL QURAN DAN AL HADIS.....

1. Sentiasa taat kepada Allah swt dan Rasullulah saw.
2. Jihad Fisabilillah adalah matlamat dan program hudupnya. 3. Mati syahid adalah cita cita hidup yang tertinggi.
4. Sabar dalam menghadapi ujian dan cabaran dari Allah Swt.
5. Ikhlas dalam beramal.
6. Kampung akhirat maejadi tujuan utama hidupnya.
7. Sangat takut kepada ujian Allah swt. dan ancamannya.
8. Selalu memohon ampun atas segala dosa-dosanya.
9. Zuhud dengan dunia tetapi tidak meninggalkannya.
10. Solat malam menjadi kebiasaannya.
11. Tawakal penuh kepada Allah taala dan tidak mengeluh kecuali kepada Allah swt
12. Selalu berinfaq samaada dalam keadaan lapang mahupun sempit.
13. Menerapkan nilai kasih sayang sesama mukmin dan ukhwah diantara mereka.
14. Sangat kuat amar maaruf dan nahi munkarnya.
15. Sangat kuat memegang amanah,janji dan kerahsiaan.
16. Pemaaf dan lapang dada dalam menghadapi keboduhan manusia,sentiasa saling membetulkan sesama ikhwan dan tawadhu penuh kepada Allah swt.
17. kasih sayang dan penuh pengertian kepada keluarga.

Selain daripada ciri-ciri diatas, orang orang yang soleh juga merupakan insan insan yang senantiasa mendapat ujian dan cubaan daripada Allah swt.setelah para nabi nabi dan orang orang yang mulia. Mereka menghadapi segala ujian tersebut dengan hati yang tabah dan tetap teguh dalam keimanan serta pendirian. Mereka tidak mudah menyerah kalah dari keganasan dan tekanan musuh.

Tugas tugas dan kewajipan Lelaki Soleh........

1. Mencari nafkah ( belanja hidup)
2. Berjihad Fisabilillah.
3. Melindungi dan membela kaum yang lemah dan tertindas.
4. Memimpin, mendidik dan berlaku adil terhadap isteri.

MENCARI NAFKAH..........
Tugas mencari nafkah diberatkan kepada kaum Lelaki kerana kelebihan dalam penciptaannya yang berupa kekuatan fizikal dan akal fikirannya. Oleh itu Lelaki mampu untuk bekerja keras untuk mencari nafkah, memberi perlindungan dan pertahanan maruah kehidupannya terutama kepada keluarga, agama, bangsa
dan agamanya.

Inilah sebabnya lelaki diangkat menjadi pemimpin bagi kaum wanita. Oleh itu, seorang lelaki muslim, lelaki dan suami yang soleh, tidak akan melalaikan tugas ini. Ia wajib bekerja menurut apa sahaja kemampuannya. Dalam melaksanakan tugas ini, dia haruslah MEMBETULKAN NIATnya iaitu ikhlas untuk mencari keredhaan Allah swt. Dia tidak akan merasa MALU untuk melakukannya sebaliknya gembira dan berbangga terhadap pekerjaannya lebih lebih lagi perkara yang halal.

Lelaki soleh tidak akan lupa untuk mengingati hari akhirat tetapi menjadikannya sebagai tujuan yang utama.dia bekerja didunia untuk mencari keuntungan di akhirat, bukannya mengejar keduniaan semata-mata. Dengan cara ini, usahanya akan sentiasa berhasil dan berjaya didunia dan akhirat. Seperti kata ulama Salaf yang bermaksud; Wahai anak Adam! Juallah duniamu dengan akhirat, maka engkau akan UNTUNG semuanya, tetapi jangan engkau jual akhirat dengan dunia, maka engkau akan RUGI semuanya.

" Bagi orang orang yang telah mengerjakan kewajipan agamanya dengan baik,kemudian terasa penat dan letih pada malamnya, sehingga tidak dapat mengerjakan amalan amalan sunnah, maka Allah dan RasulNya memberikan jaminan dengan ampunan sepanjang malam yang dilaluinya dengan tidur yang nyenyak".




Inilah antara ganjaran yang akan dikurniakan kepada lelaki soleh yang mencari nafkah dengan bersungguh sungguh. Terdapat dua cara orang berusaha mencari nafkah seperti yang dianjurkan oleh ISLAM.

        Pertama: Hendaklah ia tidak melalaikan tugasnya terhadap Allah swt. dan janganlah ia meninggalkan
        nilai nilai yang LUHUR.

        Kedua: Hendaklah dilakukan dengan cara yang halal, bersih dan tidak membawa apa apa
        kemudaratan kepada orang lain dan tidak pula bertentangan dengan peraturan-peraturan umum.



Antara cara cara pencarian harta yang diharamkan oleh Islam ialah:

1. Riba,
2. Penimbunan barang barang yang menjadi hajat orang ramai,
3. Perjudian dan perdagangan minuman keras,
4. Berlaku penipuan dalam penimbangan dan penukaran barang,
5. Mencuri
6. Memakan harta orang lain dengan cara yang bathil seperti yang diterangkan dalam surah An Nisa 4, ayat 29.

BERJIHAD FISABILILLAH
Jihad merupakan amal yang paling utama dan puncak ketinggian Islam. Tidak ada satu pun amalan soleh yang dapat menandingi Jihad. Orang soleh tidak sedikit pun merasa gentar dan takut apabila berjuang menegakkan agama Allah sebaliknya sentiasa tersenyum bangga menjadi seorang Pegawai Allah dengan
gelaran paling indah iaitu MUJAHIDIN. Inilah yang dimaksudkan dengan lelaki soleh, yang mana pekerjaan utamanya membunuh atau terbunuh. Jika tidak terbunuh, maka ia mesti membunuh. Tidak terdapat alternatif lain kecuali satu antara dua 'YUQTAL AU YAGHLIB' yakni TERBUNUH atau MENANG.

MELINDUNGI DAN MEMBELA KAUM YANG LEMAH DAN TERTINDAS
Sememangnya sejak akhir-akhir ini golongan kafir senantiasa mencari peluang untuk menindas dan menakhluki negara-negara serta umat- umat Islam. Orang orang yang soleh haruslah peka dan bersedia untuk bertindak balas supaya umat-umat Islam tidak akan ditindas dengan sewenang-wenangnya oleh golongan tersebut.

" Wahai lelaki soleh...! tugas dan tanggungjawabmu bukanlah ringan,bayangkan langit dan gunung tidak mampu membawanya. Kamu sajalah yang akan tampil dan mampu menyelesaikan persoalan besar ini. Orang orang yang lemah dan sedang tertindas sentiasa menanti kehadiranmu. Mereka berdoa agar kamu segera tiba
untuk menjadi pembela dan penolong bagi mereka."

Inilah laungan yang senantiasa terdengar daripada golongan golongan yang tertindas dan mengharapkan bantuan.Oleh itu lelaki yang soleh haruslah memainkan peranannya sebagai pembela agama sama ada secara langsung ataupun tidak langsung demi untuk mengekalkan kedaulatan agama Islam


MEMIMPIN DAN MENDIDIK ISTERI......
1. Mengajar dan membimbing dengan cara yang baik sehingga isteri isteri yang tidak solehah menyedari akan kesilapannya dan menukar cara hidupnya menjadi isteri solehah.

2. Menangani isteri yang bodoh dan keras kepala dengan bijaksana sehingga dia menyedari hakikat yang sebenarnya dan bersedia mengubahnya.

Demikianlah cara cara yang telah digariskan oleh Islam untuk mengatasi masaalah ketidaksesuaian suami isteri dalam kehidupan rumah tangga. Apabila menghadapi sebarang kesulitan, lelaki soleh tidak akan cepat melatah dan bertindak menurut nafsu dan perasaan semata-mata tanpa mengambil kira perasaan orang lain. Lelaki soleh akan bertindak dengan cara yang lebih effisien dan bijaksana dan senantiasa memohon petunjuk dari Allah swt. Dengan ini kebahagiaan rumahtangga akan dapat dikekalkan buat selama lamanya. Berlaku baik terhadap isteri Suami yang soleh akan sentiasa maenjaga kebajikan keluarganya terutama isterinya.Ia senantiasa menjaga hati dan perasaan pasangannya dan sentiasa menggembirakan isterinya. Mereka juga akan bertanggungjawab dalam menguruskan urusan rumahtangga, dan bekerjasama dengan isterinya.

Sabda Rasulullah: Orang yang terbaik diantara kamu adalah orang yang terbaik terhadap isterinya, dan aku adalah orang yang terbaik diantara kamu terhadap isteriku. ( HR Ibnu Majah )

Tauladan Rasulullah Dalam kehidupan berkeluarga.......

A: Keadaan beliau sebagai suami dan ayah
B: Kebiasaan beliau di tengah kehidupan bekeluarga
C: Cinta kasih beliau terhadap isteri dan anak.

Wassalam.

Monday, June 18, 2012

serba dop kene...



  

Gambar Hiasan


      
Lelaki Hemsem vs Lelaki Tak Hemsem  

   
      Kalau lelaki handsome pendiam
      Perempuan akan cakap:: woow, cool giler...
      kalau lelaki tak handsome pendiam
      Perempuan akan cakap: eh perasan macam bagus...

      kalau lelaki handsome berbuat jahat
      Perempuan akan kata: nobody's perfect
      kalau lelaki tak handsome berbuat jahat
      perempuan akan cakap: memang.... muka pun macam pecah rumah!

      kalau lelaki handsome menolong perempuan yg diganggu
      perempuan akan cakap: wah.. machonya.. macam hero filem!
      kalau lelaki tak handsome menolong perempuan yang diganggu
      Perempuan akan kata: entah2 kawan dia...

      kalau lelaki handsome dapat perempuan cantik
      perempuan akan kata: sepadan sangat...
      kalau lelaki tak handsome dapat perempuan cantik
      perempuan akan kata: mesti kena bomoh perempuan tuh!

      kalau lelaki handsome ditinggal kekasih
      perempuan akan kata: jangan sedih, kan saya ada..
      kalau lelaki tak handsome ditinggal kekasih
      perempuan akan kata:...(terdiam, tapi telunjuknya
      meliuk-liuk dari atas ke bawah, patutlah, tengok saja luarannya)...

      kalau lelaki handsome penyayang binatang
      perempuan akan cakap: perasaannya halus...penuh kasih sayang
      kalau lelaki tak handsome penyayang binatang
      perempuan akan cakap: sesama keluarga memang harus menyayangi...

      kalau lelaki handsome bawa BMW
      perempuan akan cakap: matching... hebat luar dalam
      kalau lelaki tak handsome bawa BMW
      perempuan akan cakap: bang, bosnya mana?...

      kalau lelaki handsome tak mau bergambar
      perempuan akan cakap: pasti takut kalau2 gambarnya tersebar
      kalau lelaki tak handsome tak mau bergambar
      perempuan akan kata: tak sanggup melihat hasilnya ya?...

      kalau lelaki handsome menuang air ke gelas perempuan
      perempuan akan cakap:ini barulah lelaki gentlemen
      kalau lelaki tak handsome menuang air ke gelas perempuan
      perempuan akan cakap: naluri pembantu, memang begitu....

      kalau lelaki handsome bersedih hati
      perempuan akan cakap: let me be your shoulder to cry on
      kalau lelaki tak handsome bersedih hati
      perempuan akan kata: kuat nangis!! lelaki ke bukan ni?


sekadar  suka suki....
karya yang di "salin & tampal" sbb aku memang pemalas..mls nk menaip...
lalala...

Love is just a feeling


      It hurts to love someone and not be loved in return,
      but what is more painful is to love someone
and never find the courage to let that person know how you feel.


A sad thing in life is when you meet someone who means a lot to you,
only to find out in the end that it was never meant to be
and you just have to let go.


The best kind of friend is the kind you can sit on a porch swing with
and never say a word,
and then walk away feeling like it was the best conversation
you've ever had.


It's true that we don't know what we've got until we lose it,
but it's also true that we don't know what we've been missing
until it arrives.


It takes only a minute to get a crush on someone,
an hour to like someone,
and a day to love someone,
but it takes a lifetime to forget someone.


Don't go for looks; they can deceive.
Don't go for wealth; even that fades away.
Go for someone who makes you smile
because it takes only a smile
to make a dark day seem brighter...




Saturday, June 16, 2012

berbunga


Love doesn’t need a reason


wife : Why do you like me..? Why do you love me?


husband : I can't tell the reason.. but I really like you..


wife  : You can't even tell me the reason... how can you say you like me? How can you say you love me?

husband  : I really don't know the reason, but I can prove that I love you.

wife : Proof? No! I want you to tell me the reason. My friend's boyfriend can tell her why he loves her but not you!

husband  : Ok..ok!!! Erm... because you are beautiful,

because your voice is sweet,

because you are caring,

because you are loving,

because you are thoughtful,

because of your smile,

because of your every movements.

The 
wife  felt very satisfied with the man's
answer.




Unfortunately, a few days later, the Lady met with an accident and became comma. The h
usband then placed a letter by her side, and here is the content:



Darling,

Because of your sweet voice that I love you...

Now can you talk? No! Therefore I cannot love you...

Because of your care and concern that I like you..

Now that you cannot show them, therefore I cannot love you.

Because of your smile,

because of your every movements that I love you..

Now can you smile? Now can you move?

No, therefore I cannot love you...

If love needs a reason, like now, there is no reason for me to love you anymore.

Do love need a reason? NO!

Therefore, I still love you...

And love doesn't need a reason



''Sometimes the best and the most beautiful things in the world cannot be seen, cannot be
touched, but can be felt in the heart " Love doesnt need a reason... its sumthing u can feel burning inside ur heart and waiting to be explode of love... Please... never ever ask someone why do they love u.... love is nature and withouht love the world is nothing but a piece of crap... So Everyone love the world and also love ur loved ones..."

6 PERSOALAN HIDUP


sekadar perkongsian...

Suatu hari, Imam Al- Ghazali bertanya  kepada murid-muridnya, 

soalan pertama; "Apa yang paling dekat dengan kita di dunia ini?". 

Murid-muridnya ada yang menjawab orang tua, guru, dan kerabatnya.


Imam Ghazali menjelaskan semua jawapan itu benar. Tetapi yang paling dekat dengan kita adalah "mati". Sebab itu sudah janji
Allah bahawa setiap yang bernyawa pasti akan mati.(Al-Imran:185).



Lalu Imam Ghazali meneruskan pertanyaan kedua.

"Apa yang paling jauh dari diri kita di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab negara, bulan, matahari, dan bintang-bintang. 

Lalu Imam Ghazali menjelaskan bahawa semua
jawapan yang mereka berikan adalah benar. Tapi yang paling benar adalah "masa lalu". Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak mampu kembali ke masa lalu.Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini dan hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan ajaran Agama. 







Lalu Imam Al-Ghazali meneruskan dengan pertanyaan yang ketiga.

"Apa yang paling besar di dunia ini?".

Murid-muridnya ada yang menjawab gunung,bumi, dan matahari.

Semua jawapan itu benar kata Imam Ghazali. Tapi yang paling besar dari yang ada di dunia ini adalah "nafsu".(Al-A'raf :179). Maka kita harus menjaga hati dengan nafsu kita, jangan sampai nafsu membawa kita ke neraka. 






Pertanyaan keempat adalah," Apakah yang paling berat di dunia ini?".

Ada yang menjawab baja, besi, dan gajah.

Semua jawapan tersebut hampir benar kata Imam Ghazali, tapi yang paling berat adalah "memegang AMANAH" (Al-Ahzab). 



Tumbuh-tumbuhan, binatang, gunung, dan malaikat semua tidak mampu memikul tanggungjawab setelah Allah meminta mereka untuk menjadi khalifah di dunia ini. Tetapi manusia dengan sombongnya menyanggupi permintaan Allah SWT sehingga banyak dari manusia masuk ke neraka kerana ia tidak mampu memegang amanahnya.




Pertanyaan yang kelima ditanya oleh Imam Al-Ghazali adalah,"Apa yang paling ringan di dunia ini?".

Ada yang menjawab Kapas, angin, debu, dan daun-daunan.

Semua itu benar kata Imam Ghazali,tetapi yang paling ringan di dunia ini adalah "meninggalkan Solat". Disebabkan pekerjaan kita, mesyuarat dan sebagainya, kita tinggalkan solat. 









Kemudian pertanyaan yang keenam dan terakhir ditanya oleh Al- Ghazali adalah,

"Apakah yang paling tajam di dunia ini? 

Murid-muridnya menjawab dengan serentak, pedang...

Benar kata Imam Al-Ghazali, tetapi yang paling tajam adalah "lidah manusia". Kerana melalui lidah manusia ia boleh menyakiti hati dan melukai perasaan saudara sendiri.








"Sesungguhnya apabila aku menasihati kamu, bukanlah bererti akulah yang terbaik dalam kalangan kamu, bukan juga yang paling soleh dalam kalangan kamu, kerana aku juga pernah melampaui batas untuk diri sendiri. Seandainya seseorang itu hanya dapat mnympaikan dakwah apabila dia sempurna, nescaya tidak akan ada pendakwah, Maka akan jadi sedikitlah orang yang memberi peringatan." ~Imam Hasan al-Basri~


semoga menjadi peringatan kepada diri sendriri dan sesiapa sahaja yang membaca.. 8)

Friday, June 15, 2012

Trekking Mencari Bendera.

Ahad
10/06/2012
Taman Botani, Gurney. Penang ke puncak Bukit Bendera. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah melalui trek dan anak tangga yang disediakan. Berbekalkan DSLR Nikon D90 baru, inilah cerita ku...



Bangun mcm bese, 6.30 pagi utk mandi dan solat subuh. 
(bese kalo tiade xtvt, lps subuh smbung tido)


sampai Taman Botani pukul 9. Tapi start jungle trekking pukul 10 sebab mengalami sedikit kekeliruan. KAmi semua 5 orang. Motosikal ade 3. Jungle trekking ke puncak Bukit Bendera dari Taman Botani Georgetown Penang. Kami bercadang utk berjalan ke puncak bukit dan turun dengan kereta kabel. kkeliruan terjadi apabila kami tak pasti macamane utk ke taman botani semula selepas turun dari kereta kabel. Akhirnya kami sepakat utk angkut seorang demi seorang dan meninggalkan sebiji motosikal di kaki bukit Bendera. Faham pembaca-pembaca sekalian???(mcm la ade org yang bace blog aku..haha)


Lebih kurang pukul 10 kami mendaki dan boleh dikatakan sepanjang perjalanan gambar muka aku hanya ada beberapa keping sahajamemandangkan aku yang ambik gambar.


Setelah lebih kurang setengah jam perjalanan.


Gambar tak berapa clear sebab hanya guna kit lenses 18-101mm yang disertakan semasa beli kamera dulu...kalo ade lense 18-250mm, bari la boleh nampak anak mata semut-semut nih..hehe..


Labah-labah yang kisahnya ade terdapat di dalam al-Quran.
(surah ape, aku tak ingat tapi memang ada)


cuba teka ni siapa


mase ni aku dah kene tinggal, aku duk sibuk bergambar sedangkan orang lain tak berhenti mendaki.














UTAMAKAN KESELAMATAN!!!!!!!


Papan tanda ni tulis "air terjun" tapi kami cari tak jumpa-jumpa pom..


koordinat








"angle" tak berapa kena


Rumah kat tebing bukit..macam rumah Yusuf Haslam.
Mase ni dah 2 jam kami berjalan. 


Dan setelah lebih kurang 2 jam setengah, kami sampai ke puncak Bukit Bendera





Nikon D90 + kit lense, ISO200, F08, !/230s

















Kaki bukit Bukit Bendera dan pekan Air Hitam Penang.





Burung ni sebelum aku datang dekat die berkicau riang duk ngorat si betina. Bila aku dekat n fokuskan lense die senyap. Selepas 3-4 kali snap pon masih diam dan hanya mulut je yang ternganga-nganga. Pandai die 'posing'..








Mercu tanda Bukit Bendera.


Halusinasi mata dan teknik mngambil gambar membuatkan kereta kabel ni seperti bergerak sangat laju sedangkan yang sebenarnya kalo orang joging pom boleh pintas kereta kabel nih.


Gambar dari kaki bukit







Jadi sekian sahaja utk kali ini..malas dh nak menaip..mengantuk..dah la pagi nanti keje..

p/s; sesiapa yang berminat, bolehlah tinggalkan sebarang kritikan @ kutukan @ komen.. Nantikan hasil 'tangkapan' D90 aku lagi selepas ini..sehingga membaca lagi..selamat malam..pagi???entah..
senang-senang. ASSALAMUALAIKUM..

khatam


Al Quran dan terjemahan.

Dah dekat setaun usia Al Quran dan terjemahan nih. Dibeli pada bulan Ramadhan tahun 2011 dalam Popular Bookstore  Queensbay Mall Penang . Lagi lebih kurang sebulan kita akan berjumpa dengan Ramadhan dan sekaligus genaplah usia Al Quran dan terjemahan ni berada di tangan aku. Alhamdulillah, walaupun merangkak-rangkak sebab tak nampak @ rabun akhirnya khatam jua. Mengambil masa lebih kurang setahun utk dihabiskan kerana aku bukan baca tiap-tiap hari memandangkan kerja yang kadang-kadang lewat malam baru sampai ke rumah. Kelmarin, 13/06/2012 hari rabu selepas magrib, khatam jua bacaan aku. Semoga aku terus istiqamah dalam membaca kalam Allah ini. Amin..



DOA KHATAM QURAN

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

اَلْحَمْدُ لِلَّهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ, حَمْدًا شَاكِرِيْنَ, وَالْعَاقِبَةُ لِّلْمُتَّقِيْنَ, وَالصَّلاَةُ وَالسَّلاَمُ عَلَى رَسُوْلِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى اَلِهِ وَصَحْبِهِ أَجْمَعِيْنَ.

اَللَّهُمَّ رَبَّنَا تَقَبَّلْ مِنَّا إِنَّكَ أَنْتَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ، وَتُبْ عَلَيْنَا إِنَّكَ أَنْتَ التَّوَّابُ الرَّحِيْمُ, وَاهْدِنَا وَوَفِّقْنَا إِلَى الْحَقِّ وَإِلَى صِرَاطٍ مُسْتَقِيْمٍ بِبَرَكَاةِ الْقُرْءَانِ الْعَظِيْمِ. اَللَّهُمَّ ارْحَمْنَا بِالْقُرْءَانِ وَجْعَلْهُ لَنَا إِمَامًا وَنُوْرًا وَهُدًى وَرَحْمَةً. اَللَّهُمَّ ذَكِرْنَا مِنْهُ مَا نَسِيْنَا وَعَلِّمْنَا مِنْهُ مَا جَهِلْنَا, وَارْزُقْنَا تِلاَوَتَهُ ءَانَاءَ الْلَيْلِ وَأَطْرَافَ النَّهَارِ, وَاجْعَلْهُ لَنَا حُجَّةً يَا رَبَّ الْعَالَمِيْنَ.

اَللَّهُمَّ زَيِّنَّا بِزِيْنَةِ الْقُرْءَانِ, وَأَكْرِمْنَا بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ, وَشَرِّفْنَا بِشَرَافَةِ الْقُرْءَانِ, وَأَلْبِسْنَا بِخِلْعَةِ الْقُرْءَانِ, وَأَدْخِلْنَا الْجَنَّةَ بِشَفَاعَةِ الْقُرْءَانِ, وَعَافِنَا مِنْ كُلِّ بَلاَءِ الدُّنْيَا وَعَذَابِ اْلأَخِرَةِ بِحُرْمَةِ الْقُرْءَانِ.

اَللَّهُمَّ اجْعَلِ الْقُرْءَانَ لَنَا فِي الدُّنْيَا قَرِيْنًا، وَفِي الْقَبْرِ مُؤْسِنًا، وَفِي الْقِيَامَةِ شَفِيْعًا، وَعَلَى الصِّرَاطِ نُوْرًا, وَإِلَى الْجَنَّةِ رَفِيْقًا, وَمِنَ النَّارِ سِتْرًا وَحِجَابًا, وَإِلَى الْخَيْرَاتِ كُلِّهَا دَلِيْلاً وَإِمَامًا بِفَضْلِكَ وُجُوْدِكَ وَكَرَمِكَ يَا كَرِيْمُ.

اَللَّهُمَّ اهْدِنَا بِهِدَايَةِ الْقُرْءَانِ ، وَنَجِّنَا مِنَ النِّيْرَانِ بِكَرَامَةِ الْقُرْءَانِ ، وَارْفَعْ دَرَجَاتِنَا بِفَضِيْلَةِ الْقُرْءَانِ, وَكَفِّرْ عَنَّا سَيِّئَاتِنَا بِتِلاَوَةِ الْقُرْءَانِ يَا ذَا الْفَضْلِ وَاْلإِحْسَانِ, رَبَّنَا ءَاتِنَا فِي الدُّنْيَا حَسَنَةً وَفِي اْلأَخِرَةِ حَسَنَةً وَقِنَا عَذَابَ النَّارِ.

وَصَلَّى اللهُ عَلَى سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى ءَالِهِ وِصَحْبِهِ وَسَلَّمَ. سُبْحَانَ رَبِّكَ رَبِّ الْعِزَّةِ عَمَّا يَصِفُوْنَ, وَسَلاَمٌ عَلَى الْمُرْسَلِيْنَ وَالْحَمْدُ ِللهِ رَبِّ الْعَالَمِيْنَ. 



Dengan Nama Allah yg Maha Pemurah lagi Maha Penyayang
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam sebagai pujian daripada orang yang bersyukur dan kesudahan yang baik bagi orang bertaqwa. Selawat dan salam ke atas Rasul kami, Nabi Muhammad dan ke atas ahli keluarga dan sekalian para sahabatnya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Rahmatilah aku dengan Al-Quran dan jadikanlah Al-Quran bagiku sebagai pemimpin, cahaya, petunjuk dan rahmat. Ya Allah, Ya Tuhanku! Ingatkanlah aku apa yang aku terlupa daripada ayat-ayat Al-Quran. Ajarkanlah aku daripada Al-Quran apa yang belum aku ketahui. Berikanlah aku kemampuan membacanya sepanjang malam dan siang; dan jadikanlah Al-Quran itu hujah dan bagiku (untuk menyelamatkan daku di akhirat), wahai Tuhan Sekalian Alam.
Ya Allah, Ya Tuhanku! Perbaikilah agamaku yang merupakan pengawal urusankanku. Perbaikilah duniaku yang merupakan tempat hidupku. Perbaikilah akhiratku yang merupakan tempat kembaliku; dan jadikanlah kehidupan ini sebagai tambahan dalam setiap kebaikan, serta jadikanlah kematian sebagai istirahat bagiku daripada segala kejahatan.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Jadikanlah sebaik-baik umurku pada penghujungnya, sebaik-baik amal pada penyudahannya dan sebaik-baik hariku hari bertemu dengan-Mu.

Ya Allah, ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu kehidupan yang tenang, kematian dalam kebenaran dan tempat kembali yang tidak terhina lagi buruk keadaannya.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu sebaik-baik permohonan, sebaik-baik doa, sebaik-baik kejayaan, sebaik-baik ilmu, sebaik-baik amal, sebaik-baik ganjaran, sebaik-baik kehidupan, sebaik-baik kematian. Tetapkanlah (kakiku di atas sirat-Mu) serta beratkanlah timbanganku. Perkuatkanlah imanku dan tingkatkanlah darjatku serta terimalah solatku. Ampunkanlah kesalahan-kesalahan dan aku memohon kepada-Mu tempat tertinggi dari syurga-Mu.

Ya Allah, Ya Tuhanku! Aku memohon kepada-Mu apa-apa yang mewajibkan rahmat-Mu, juga apa-apa yang memastikan keampunan-Mu, keselamatan daripada segala dosa, keuntungan daripada segala kebaikan, kemenangan dengan syurga dan pelepasan daripada api neraka.
Ya Allah, Ya Tuhan kami! Perbaikilah akibat dari setiap urusan kami, hindarkanlah kami daripada kehinaan dunia dan azab akhirat.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Kurniakanlah kami rasa takut kepada-Mu, yang dengannya dapat menghalang kami berlaku maksiat kepada-Mu, kurniakanlah kami ketaatan kepada-Mu yang dapat menyampaikan kami dengannnya ke syurga-Mu, kurniakanlah kami keyakinan yang dapat meringankan musibah dunia yang menimpa kami, berikanlah kami dapat menikmati pendengaran-pendengaran kami, penglihatan-penglihatan kami, kekuatan-kekuatan kami selama Engkau masih hidupkan kami, dan jadikanlah semua itu warisan kami, balaslah orang yang berbuat zalim terhadap kami, bantulah kami dalam menghadapi musuh-musuh kami, janganlah Engkau timpakan musibah dalam agama kami, janganlah Engkau jadikan dunia ini tujuan utama kami, jangan pula dijadikannya nilaian pengetahuan kami serta janganlah Engkau jadikan orang yang tidak mempunyai rasa belas kasihan kepada kami menjadi pemimpin kami.

Ya Allah, Ya Tuhan kami! Jangan Engkau biarkan kami sebarang dosa melainkan Engkau mengampunkannya, tiada seberang kebuntuan melainkan Engkau melapangkannya, tidak juga hutang piutang melainkan Engkau (berikan jalan untuk) menyelesaikannya dan tidak juga sebarang hajat dunia mahupun akhirat melainkan Engkau menyempurnakannya, wahai Tuhan Yang Maha Penyayang antara yang penyayang.

Wahai Tuhan kami! Kurniakanlah kami kebaikan di dunia dan kebaikan di akhirat dan lindungilah kami daripada azab neraka.

Selawat Allah dan salam yang tidak terhingga ke atas Nabi kita Muhammad dan ke atas keluarganya serta para sahabat yang terpilih
Segala puji bagi Allah, Tuhan semesta alam. 

Tuesday, June 12, 2012

LELAKI!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!



4 Orang Lelaki Yang Ditarik Wanita Ke Neraka


Seseorang wanita itu apabila di yaumal alkhirat akan menarik empat golongan lelaki bersamanya ke dalam neraka.


Artikel ini bukan untuk memperkecilkan wanita tetapi sebaliknya iaitu supaya kaum lelaki memainkan peranannya dengan hak & saksama serta berwaspada akan tanggung-jawab yang dipikul.


1. Ayahnya

Apabila seseorang yang bergelar ayah tidak memperdulikan anak-anak perempuannya di dunia. dia tidak memberikan segala keperluan agama seperti mengajar solat, mengaji & sebagainya dan dia membiarkan anak-anak perempuannya tidak menutup aurat kerana tidak cukup kalau dengan hanya memberi kemewahan dunia sahaja tanpa bekalan ke akhirat, maka dia akan ditarik ke neraka oleh anaknya.


2. Suaminya

Apabila sang suami tidak memperdulikan tindak tanduk isterinya. Bergaul bebas di pejabat, memperhiaskan diri bukan untuk suami tapi untuk pandangan kaum lelaki yg bukan mahram. Apabila suami mendiamkan diri walaupun dia seorang alim seperti solat tidak bertangguh, puasa tidak tinggal maka dia akan turut ditarik oleh isterinya.


3. Abang-abangnya

Apabila ayahnya sudah tiada,tanggungjawab menjaga maruah wanita jatuh ke bahu abang-abangnya.....jikalau mereka hanya mementing keluarganya sahaja dan adik perempuannya dibiar melencong dari ajaran ISLAM ...tunggulah tarikan adiknya di akhirat kelak.

p/s: aku la nih.. Ya Allah, perkenankanlah doa hambaMu ini...


4. Anak Lelakinya

Apabila seorang anak tidak menasihati seorang ibu perihal kelakuan yg haram dari Islam, bila ibu membuat kemungkaran pengumpat,mengata & sebagainya maka anak itu akan disoal dan dipertangungjawabkan di akhirat kelak. Nantikan tarikan ibunya ke neraka. 

***********************************************

Maka kita lihat betapa hebatnya tarikan wanita bukan sahaja di dunia malah di akhirat pun tarikannya begitu hebat, maka kaum lelaki yang bergelar ayah/suami/abang atau anak harus memainkan peranan mereka. 



Firman ALLAH SWT:-

"HAI ANAK ADAM PERIHARALAH DIRI KAMU SERTA AHLIMU DARI API NERAKA DI MANA BAHAN PEMBAKARNYA IALAH MANUSIA, JIN DAN  BATU-BATU..." 

Harga seseorang muslim adalah sangat berharga. ALLAH SWT nilaikan 
seseorang muslim dengan SYURGA, semua kaum muslim dijamin masuk syurga (sesiapa yg mengucap kalimah tauhid) dengan itu janganlah kita membuang atau tidak mengendah janji dan peluang yg ALLAH SWT berikan pada kita.

Monday, June 11, 2012

HOMOSAPIEN



Dalam dunia akhir zaman ni ade bermacam-macam jenis manusia. Memandangkan aku ni dop reti nk bagi pendahuluan karangan yang boleh membuat cekgu BM tersengih-sengih semasa menyemak kosa kata, jadi layan aje la isi-isi penting dalam karangan 120 patah perkataan nih..

P/s: aku plagiat je isi-isi karangan yang kat bawah nih. Moge2 menjadi panduan untuk diri sendiri dan kepada yang membaca walaupom aku tau yang tak dop orang pom yang nop bace blog aku nih..haha..



3 JENIS MANUSIA.

1.Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.

Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.


Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka. Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka. Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan, Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah. Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.

Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali; "Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".


2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.

Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya. Mereka mengajak manusia menuju Allah tetapi mereka sendiri lari dari Allah. Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu. Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar. Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian. Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;

"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".

Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu, larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak, kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.

P/s: aku memohon padaMu ya Allah supaya dijauhkan sifat seperti ini. Amin...

3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.

Dia adalah seorang yang beriman. Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.

Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat. Nabi SAW. pernah bersabda;

"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".

Sabda baginda lagi;

"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian, sembilan darinya terletak dalam diam".

Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya, dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.

Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang Soleh.

P/s: lebih baik diam dari berkata-kata. Allah bagi kita 2 telinga dan satu mulut. Jelas menunjukkan yang kita sepatutnya lebih MENDENGAR dari BERCAKAP (benda yang tidak berfaedah)


Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

p/s: ni sume aku ambik dari orang lain. Aku salin an tampal dalam blog nih. Nasihat aku, ambik mane yang baik dan nilaikan yang buruk. Jangan sewenang-wenangnya kita terima bulat-bulat sesuatu benda tu. Rujuklah yang lebih arif.