Ahad
10/06/2012
Taman Botani, Gurney. Penang ke puncak Bukit Bendera. Perjalanan mengambil masa lebih kurang 2 jam setengah melalui trek dan anak tangga yang disediakan. Berbekalkan DSLR Nikon D90 baru, inilah cerita ku...
Bangun mcm bese, 6.30 pagi utk mandi dan solat subuh.
(bese kalo tiade xtvt, lps subuh smbung tido)
sampai Taman Botani pukul 9. Tapi start jungle trekking pukul 10 sebab mengalami sedikit kekeliruan. KAmi semua 5 orang. Motosikal ade 3. Jungle trekking ke puncak Bukit Bendera dari Taman Botani Georgetown Penang. Kami bercadang utk berjalan ke puncak bukit dan turun dengan kereta kabel. kkeliruan terjadi apabila kami tak pasti macamane utk ke taman botani semula selepas turun dari kereta kabel. Akhirnya kami sepakat utk angkut seorang demi seorang dan meninggalkan sebiji motosikal di kaki bukit Bendera. Faham pembaca-pembaca sekalian???(mcm la ade org yang bace blog aku..haha)
Lebih kurang pukul 10 kami mendaki dan boleh dikatakan sepanjang perjalanan gambar muka aku hanya ada beberapa keping sahajamemandangkan aku yang ambik gambar.
Setelah lebih kurang setengah jam perjalanan.
Gambar tak berapa clear sebab hanya guna kit lenses 18-101mm yang disertakan semasa beli kamera dulu...kalo ade lense 18-250mm, bari la boleh nampak anak mata semut-semut nih..hehe..
Labah-labah yang kisahnya ade terdapat di dalam al-Quran.
(surah ape, aku tak ingat tapi memang ada)
cuba teka ni siapa
mase ni aku dah kene tinggal, aku duk sibuk bergambar sedangkan orang lain tak berhenti mendaki.
UTAMAKAN KESELAMATAN!!!!!!!
Papan tanda ni tulis "air terjun" tapi kami cari tak jumpa-jumpa pom..
koordinat
"angle" tak berapa kena
Rumah kat tebing bukit..macam rumah Yusuf Haslam.
Mase ni dah 2 jam kami berjalan.
Dan setelah lebih kurang 2 jam setengah, kami sampai ke puncak Bukit Bendera
Nikon D90 + kit lense, ISO200, F08, !/230s
Kaki bukit Bukit Bendera dan pekan Air Hitam Penang.
Burung ni sebelum aku datang dekat die berkicau riang duk ngorat si betina. Bila aku dekat n fokuskan lense die senyap. Selepas 3-4 kali snap pon masih diam dan hanya mulut je yang ternganga-nganga. Pandai die 'posing'..
Mercu tanda Bukit Bendera.
Halusinasi mata dan teknik mngambil gambar membuatkan kereta kabel ni seperti bergerak sangat laju sedangkan yang sebenarnya kalo orang joging pom boleh pintas kereta kabel nih.
Gambar dari kaki bukit
Jadi sekian sahaja utk kali ini..malas dh nak menaip..mengantuk..dah la pagi nanti keje..
p/s; sesiapa yang berminat, bolehlah tinggalkan sebarang kritikan @ kutukan @ komen.. Nantikan hasil 'tangkapan' D90 aku lagi selepas ini..sehingga membaca lagi..selamat malam..pagi???entah..
senang-senang. ASSALAMUALAIKUM..
No comments:
Post a Comment