Tarikh : 01 Jun 2012
Hari : Jumaat
Tempat : Stadium Darul Aman, Kedah
Tema : Hijau
HIMPUNAN ANAK MUDA
Tuan, Merujuk perkara di atas...
Cewah, dh macam surat rasmi gayanye..haha..nk dijadikan cerita, semalam aku ke satu acara @ event yg dianjurkan oleh Parti Islam se-Malaysia @ PAS nih. Acara tu nama die "Himpunan Hijau ke Putrajaya". Acara tu bermula selepas Asar tapi kami bergerak dari Penang ke Alor Setar seusai solat Jumaat. Aku g pom bukan sebab aku ni "hijau" tapi sebab ustaz azhar. Ustaz azhar ad bg kuliah kat event ni. Lagi satu sebab aku join event ni ialah sebab nk jenjalan. Aku mane pernoh sampai ke Alor Setar so sambil dengar lagu, layan FB la (sambil menyelam, minum air). Crowd ramai giler wa cakap lu..
Aku x berape suke dengan event2 berbaur politik nih. Sikit2 duk maki pihak lawak..Sikit2 nk perlekeh pihak lawan..Padahal semuanye orang melayu, org Islam. Kenape x duduk semeja??? Cari jalan macamane nak majukan negara, nak tegakkan agam tanpa berbalah. Masing2 keras kepala, xmo mengalah. So dengan semangat nk dengar ust azhar bg kuliah, nk g derak dan nak tengok muslimat2 aku pom join la. Bayar 30 hengget utk tambang, 1jam lebih perjalanan, panas, hujan, jalan sesak, akhirnye lebih kurang pukul 5 kami sampai.
Lebih kurang pukul 5. Mase ni hujan. ade nampak baju aku basah?? basah kan???
Stadium Darul Aman
Mase ni awal lagi, orang pom x ramai lagi. Mase ni masih ujan.
kan aku da bg tau, ujan......
tempat duduk utama
ust nasruddin-ketua pemuda PAS tengah bg ucapan.
Mase ni aku duk tengok crowd je so ape yg die ni cakap pom aku x berape nop dengar..haha..
tempat duduk stadium semakin terisi
Aku sengaja pakai baju kaler ijau walaupom aku ade 3-4 helai baju kaler ijau sebab aku ni mane sokong mane2 parti secara total. Aku sokong semua parti yg bg kebaikan dan manfaat. Tak kesah la hijau ke biru ke merah ke, even pink sekalipom..hehe..
tempat duduk semakin penuh
tu diaaaaaaaaa........
Die ni la sebab utama aku ade kat stadium nih
mase nih dh dekat pukul 7.
Event diteruskan dengan solat magrib berjemaah, solat sunat dan solat isyak kt atas padang. Padang mase ni basah lencun. Org teranung kate berdeney. Maksud die becak la. Tapi aku jamak je maghrib dengan isyak kat surau luar dr stadium nih. Surau, dewan, kaki 5 dan tepi jalan penuh dengan manusia. Ade yg tengah solat dan yang menunggu utk solat. Seusai mengalas perut, melepas hajat, lebih kurang pukul 9 aku masuk stadium semula.
PENUH dgn manusia.
Dengar kate ade lebih kurang 50 riban org kat dalam stadium mase nih.
Mase ni jugak la A.Samad Said bersyair dan mase ni jugak la beberape tokoh lain spt bekas ketua unit siasatan jenayah bukit aman dan penyanyi-aisyah bg ucapan.
Selanjutnye ucapan oleh orang2 dr parti ijau la, bese la tu, name pom parti politik yang anjur.
Gambar dari ust azhar di SINI.
. Mase ni aku masuk stadium utk tengok crowd dan ambik gambar je sambil tengok2 muslimat. Pahtu aku keluar utk tengok muslimat2 kat luar stadium plop sebab bosan. Suasana kat luar stadium lebih menyenangkan hati, bukan sebab muslimat2 okai tp sebab tiada ucapan2 politik kat situ. SEbenarnye aku dop tengok pom muslimat2 ni sume. Bukan sebab iman aku kuat tetapi sebab aku RABUN...haha..Aku mane nampak. Power spek aku 1K je sedangkan aku spatutnye pakai 2.3K.
Event tamat pada pukul 12 tengah malam seusai Tuan Guru Nik Aziz mbace doa. Perjalanan balik mengambil masa 20 minit je. 20 minit???? bior betoi... Betoi la sebab aku tido, macam mane nk rase jauh perjalanan tuh..haha.
Sampai Penang lebih kurang pukul 2.30 pagi. Pergi isi perut kat mamak jap, dekat pukul 3.30, dengan tak mandi, baru sambung tido kat tilam busuk. HAHA.. Penat wooo..
So sekian la utk hari ni. InsyaAllah entry post lepas2 ni akan Lebih menjurus kepada nk show-off gambar2 yg diambil dengan kamera baru..hahak..babbai..
wassalam..
No comments:
Post a Comment